Friday 25 May 2018

Bunga

bunga,
kau indah dari permata,
kau tidak wajar untuk disakiti,
kau selayaknya berada di sisi seorang yang akan melindungimu,
bukan menjuruskan dirimu ke jurang penyesalan,
usah percaya pada janji manis mereka,
berfikirlah sewajarnya,
kerna kau begitu berharga.

bunga,
kau bernilai melebihi segala apa yang ada di bumi,
jaga dirimu sebaiknya,
usah goyah pada godaan mendatang,
tetapkan pendirianmu pada yang hak,
jagalah akhlakmu kerana ramai yang memerhati,
usah jatuhkan harga dirimu,
mahalkan dirimu dengan budi dan akhlak terpuji,
kerna tetap, kau begitu berharga

bunga,
ibu dan ayahmu menyanyangimu,
usah sia-siakan kasih sayang mereka,
jagalah pekertimu,
jangan udah terpengaruh dengan perkara baru,
yang kau langsung tak tahu baik buruk.
kerna akan aku ulang saban waktu,
kau begitu berharga.

Hobi

assalamualaikum semua.

semua orang sudah tentu mempunyai hobi masing-masing kan. ada yang suka memancing, suka membaca, dan sebagainya. hobi ini digunakan untuk menghabiskan masa lapang. dan ada juga hobi segelintir orang yang sangat unik, iaitu hobi mengumpul Iphone. mahal betul, hobi.

bagi aku pula, hobi aku adalah melayari internet , mendengar lagu dan membaca novel. namun, akhir-akhir ini aku sudah jarang membaca novel sebab tak cukup masa. kalau dulu, boleh dikatakan setiap hari aku akan membaca novel, sehingga aku kena bebel oleh emak aku. sebuah novel tu aku mampu habiskan selama satu hari . aku pernah tak tidur, semta-mata nak menghabiskan bacaan novel aku. tapi itu dululah.

jika melayari internet, aku akan mencari maklumat berkaitan apa yang ingin aku tahu. sebagai contoh, sebelum masuk ke UKM, aku akan membuat 'research' dahulu. dan perkara ini amat mebantu aku. sama juga sewaktu aku berhasrat ingin melanjutkan pengajian ke matrikulasi, boleh dikatakan setiap hari aku akan membuat 'research' tentang sesebuah matrikulasi. nampak tak dia punya excited tu macam mana. tapi perancangan Allah lagi hebat. aku tak dapat pun Matrikulasi. tapi aku yakin, setip perkara yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. hanya perlu bersabar dan berdoa yang terbaik untuk kita.

My education History

assalamualaikum and hai peeps!

ok, baiklah, kali ini aku akan bercerita tentang sejarah pendidikan aku. biarpun tidaklah sehebat yang lain , tapi aku bangga kerana aku boleh menimba ilmu. terima kasih mak.

aku mula ke sekolah atau tadika adalah pada usia aku 6 tahun. lambat kan? kemudian aku berpindah ke daerah yang lain dan bersekolah di daerah tersebut. iaitu di SK Chetok dari darjah satu sehinggalah darjah 6. (2004-2009)

kemudian sekolah menengah pula di SMK Chetok dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. (2010-2014) rindunya zaman sekolah menengah.

seterusnya, aku menyambung pengajian di Pra-Universiti di SMk Tengku Panglima Raja.(2015-2016)

dan sekarang, aku disini sedang menaip entri ini seorang diri. aku sekarang berada di UKM yang langsung aku tak sangka akan menambung pengajian disini. alhamdulillah. terima kasih mak,ayah, datuk, nenek kerana telah membesarkan Athirah sehingga ke tahap ini.

Roomate

assalamualaikum and hai peeps!

dua semester aku disini, dua orang jugalah roomate yang aku dapat. roomate yang pertama, aku kenalkan dia sebagai Nazira sahaja ya. dan yang kedua nama Ira. mereka berdua sangat baik denga aku. ingat lagi, sebelum masuk UKM, aku doa agar aku dapat roomate yang ok. yang boleh sekepala dengan aku. alhamdulillah, mereka sangat baik.

Nazira, seorang yang kecil molek dan cantik berasal dari negeri sembilan. dia muda setahun dari aku dan sebelum ni belajar di matrikulasi . sepanjang aku sebilik dengan dia, dia sangat baik  dan berbudi bahasa. selalu kejutkan aku untuk bangun subuh dan kelas pada waktu pagi. dia juga selalu temankan aku ke tandas. dia juga tak pernah lokek untuk menghulurkan bantuan. pendek kata, dia ni baiklah. oh ya, dia program perakaunan dan satu fakulti dengan aku.

manakala Ira pula, seorang anggot Palapes. sebelum ni dia tinggal di kolej lain, dan disebabkan dia Palapes, maka dia perlu menetap di kolej yang aku duduki sekarang. dia mengambil jurusan Software Engineering. bukan calang-calag. tak sangka aku dapat roomate jurusan ni. dia pun sama macam Nazira. sangat baik dan sentiasa tolong aku. dia juga yang mengejutkan aku setiap pagi untuk solat subuh dan ke kelas. ah, kenapa baik sangat korang berdua ni.

aku doakan agar, kalian berdua sentiasa dalam jagaan Allah. aku sayang korang berdua.

that's all for now, adios!

Movie Best - 10/10 (DILAN1990)

assalamualaikum and hai peeps!

peh, macam gempak je tajuk tu. siap dah tengok kisahnya Dilan sama Milea? menarik bukan
 bagi aku, cerita ni sangatlah best sebab jalan cerita yang menarik. ada yang lucu, ada yang sedih dan pelbagailah. oh ya, ini filem daripada negara seberang, Indonesia.

cerita ini mengisahkan tentang Dilan, seorang jejaka kacak yang menegur seorang gadis bernama Milea yang baru sahaja berpindah sekolah. bermula dengan sapaan itu, bermulalah kisah mereka berdua. Dilan ,seorang lelaki yang  menyertai geng motor dan akan membuat kacau pada siap yang mencari pasal dengan mereka. namun, walaupun dia begitu, namun dia sangat menghormati wanita seperti ibunya, adiknya dan juga Milea.

part yang paling menarik dalam cerita ini ialah, banyak sangat 'pickup line' yang digunakan membuatkan cerita ini sangat menarik dalam konteksanya yang tersendiri.antara ayat yang digunakan ialah :

'Milea, kamu cantik. tapi aku belum mencintaimu. enggak tahu kalau sore'
'Jangan kabar ke aku bahawa ada yang menyakitimu, nanti orang itu akan hilang'
'cemburu itu hanya pada yang tidak percaya diri. ya, aku sudah tidak percaya diri!'

sedikit sahaja sedutan, nanti banyak-banyak tak function la cerita tu ditayangkan.
oklah, bye. adios

My Current favourite Song

assalamualaikum and hai peeps.

aku seorang yang sangat suka mendengar muzik atau lagu. memang satu hari aku akan dengar muzik. ada kajian menyatakan bahawa bila kita mendengar muzik, otak kita akan berasa tenang daripada memikirkan masalah. tapi janganlah dengar lagu sedih, nanti otak akan react dengan genre lagu tersebut.

1) No tears Left To Cry- Ariana Grande
lagu ni best dan catchy. bolehlah dengar kalau tengah-tengah kemas rumah tu.

2) Hatimu Milikku - Siti Nordiana
lagu ni serius best1 tak rugi dengar, tambah lagi dengan suara penyanyi yang sangatlah merdu!

3) Called My Name - The Weeknd
lagu ni mula-mula aku dengar, macam tak best sebab aku tak kenal pun siapa penyanyi lagu tu. tapi, bila aku belek-belek dalam youtube, peh ada lagu dia yang sampai 1Billioon viewers!  macam mana aku boleh tak tahu ni. tapi lagu ni best1 selalu aku akan bukak kalau aku tengok youtube.

4)Di Matamu - Sufian Suhaimi
lagu ni agak sedih. amaran: jangan dengar kalau kalian tengah sedih putus cinta, takut nanti jadi apa-apa.  lirik dia agak menyentuh dan mendalam. thumbs up, Pian! siapa Sufianators disini? ha, mengaku cepat!

5) Rindu Dijiwa - Encik Mimpi
aku adalah Dreemers dan aku memang akan dengar lagu EM. serius lagu ni sangat best. lirik dia memang menusuk kalbu. tapi lagu ni bergenre sedih juga, jangan dengar kalau sedang patah hati. nanti hati tu akan patah patah patah dengan lebih teruk lagi. Thumbs up thousand times  for this song, EM!


itu sahaja, Adios!

membeli belah online atau tidak?

assalamualaikum and hai peeps!

pada zaman yang segalanya di hujung jari ini, ramai yang lebih memilih untuk membuat urusniaga di atas talian disebabkan oleh menjimatkan kos dan masa. tambahan lagi, banyak peniaga-peniaga online yang tumbuh bagaikan cendawan dan banyak paltform-platform niaga seperti 'instagram', 'facebook' dan lain-lain. perniagaan seperti tudung, baju, aksut dan sebagainya menjadi tumpuan masyarakat kini.

tidak dinafikan, membeli-belah secara atas talian menghidangkan fashion-fashion terkini dan banyak pilihan yang dapat dibuat oleh pengguna. disebabkan itulah, membeli-belah secara atas talian ini menjadi pilihan masyarakat kita. laman web seperti lazada, Shopee, The One Mall Shop dan sebagainya sering mengadakan promosi jualan yang sangat hebat.

pada pendapat aku, aku lebih suka untuk membeli-belah online. namun bukan semua jenis peralatan akan aku beli online. aku hanya gemar membeli barangan seperti bag dan kasut sahaja. jika aku ingin membeli baju, aku akan pergi sendiri ke kedaai kerana  bagai aku, material yang dipaparkan di atas talian tidak sama dengan realiti dan saiznya juga susah untuk diukur.

maka, kalau bertanyakn pendapat aku, jawapannya ya dan tidak. ya bagi kasut dan bag dan tidak bagi pakaian.

that's all for now. adios! 

kecewa?

assalamualaikum and hai peeps!

kecewa.
semua orang penah merasai kecewa.tak kiralah kecewa dengan result exam ke, kecewa sebab mak ayah tak tunaikan permintaan ke, kecewa dicurangi kekasih ke, atau sebagainyalah.
tak kira sebesar manapun tahap kecewa kau tu, ingatlah, bahawa dunia masih belum berakhir. Allah uji kau bukan saja suka-suka, Allah uji sebab dia sayang, Allah uji sebab Dia nak kau dekat dengan Dia, bukan tahu berfoya-foya je.

jika kau rasa kenapa kau yang perlu merasai kecewa tu, ingatlah.. kau hanya rasa kecewa. saudara mara kita di Palestin, Syria lebih lagi rasa kecewa. bukan setakat kecewa, malah sedih kehilangan ibu bapa dek kerakusan zionis pada usia yang masih kanak-kanak, namun mereka masih cuba mencari sinar bahagia. melalui apa? Allah hadirkan rasa bahagia di hati mereka. mereka masih mampu tersenyum jika ada yang datang menyapa.

bangkitlah, wahai rakan seperjuangan. usah dibiar kecewa itu merajai hati. jadikan ianya permulaan langkah. ayuh, tadah tangan dan bersyukurlah dengan apa yang kau miliki sekarang. usahalah selagi mana ada waktu. selagi kau usaha, selagi itu Allah akan bantu sekiranya kau ingin menuju ke arah yang lebih baik. rasa kecewa hanya akan menjadi pemusnah kehidupan kau. bangkit, fight for your life!

p/s: sama-sama kita doakan saudara seislam kita yang ditindas oleh para rejim zionis yang tidak berhati perut. Al-fatihah.


Tip untuk kurus

 photo : canva
assalamualaikum and hai peeps!

seperti tajuk diatas, kita akan bercerita tentang beberapa tips untuk kurus.
baik, mari kita mulakan.

1) Niat
yang paling utama sekali, niat kita. kenapa nak kurus. adakah sebab untuk kelihatan cantik semata-mata? ha, tu dah salah dah tu. niat yang betul adalah kita nak kurus kerana Allah dan untuk sihat. bukan kerana nak cantik semata-mata. kalau cantik, tapi sakit, apa guan? sia -sia sahaja.maka kena pebetulkan niat anda.

2) Semangat yang jitu
yang paling utama sekali untuk kurus adalah semangat kita sendiri. kalau setakat sebut sahaja nak kurus, tapi hangat-hangat tahi ayam pun tak berguna juga. jangan bila tengok makanan, semabgat nak kurus tak tahu terbang ke mana. jadi, semangat tu kena jitu dan konsisten.

3)Kerajinan
yang kedua adalah kerajinan. kerajinan untuk bersenam dan berdiet. kalau setakat diet sahaja, tetapi tidak bersenam pun tiada guna juga. atleast, main tali skipping sebanyak 50 kali juga dah memadai. biar keluar sikit peluh-peluh itu. rajin-rajinkanlah diri anda untuk buka youtube dan ikut buat senamrobik. kaedah tu lagi efektif sebab korang tak rasa bosan.

4) Istiqamah
nak kurus pun perlu istiqamah juga ya. istiqamah dalam apa? dalam meninggalkan makanan yang tidak berkhasiat. dan konsisten juga untuk bersenam. dalam proses diet juga perlu tinggalkan minum ais. sebab ais itulah yang akan menyebabkan perut buncit. kalau air sejuk tak apa, bukan ais. memanglah sedap, tambah lagi bulan puasa ni. alah, relaks lah. dah bertahun-tahun minum ais, cukup-cukuplah. anggap saja tu pengorbanan kalian.

itu sahaja kot. moga bermanfaat!
adios!

Dejavu

assalamualaikum and hai peeps!

dejavu, apa tu dejavu? pernah dengar tak? bukan debu ya, tapi dejavu.
dejavu adalah sesuatu yang korang rasa macam pernah alami, tetapi korang tak tahu bila. contohnya, macam pergi bazaar ramadhan, lepastu ternampak pakcik ni panggil korang untuk beli makanan dia, pastu korang rasa macam

'eh, dah pernah berlaku lah sebelum ni, tapi bila ya?'

dan korang kept thinking benda tu sampailah waktu berbuka. taklah, gurau je.
'dejavu' adalah perkataan dalam bahasa perancis yang bermaksud "already seen" atau dalam melayunya, dah pernah lihat. ha, kan! kena tak dengan deskripsi yang aku buat kat atas?

sebenarnya, lebih 70% manusia di bumi yang telah mengalami dejavu ni. lagi 30% kemungkinan lupa atau tidak ingin mengaku bahawa adanya kewujudan dejavu ini. dejavu adalah berbeza dengan mimpi. tak sama. kalau nk tahu dengan lebih lanjut tentang dejavu, boleh baca disini.
penerangan yang diberikan, ishaaAllah mudah faham dan terhibur.

aku selalu je merasai dejavu, tapi biarkan jelah, nak buat macam mana, dah dia nak jadi. korang jangan pelik pulak bila terjadinya dejavu ni, itu perkara biasa.

contohnya, aku ke fakulti kemudian aku ternampak ada dua orang lalu dihadapan aku dan sedang bertukar-tukar buku, walhal orang tu aku tak kenal pun. biasanya, aku akan diam sekejap untuk mengingati benda tu. tapi at the end, rupanya benda tu hanyalah dejavu.

menurut penulis blog itu juga, dejavu juga berlaku apabila roh kita keluar dari jasad dan ingin ke sesuatu tempat. dan berkait rapat dengan keinginan yang tinggi. maka, roh tersebut terlebih awal akan keluar untuk meninjau kawasan tersebut.

sekian sahaja, cerita mengenai dejavu.

adios!

MENGAPA

 PHOTO : CANVA
mengapa,
saat aku cuba bangkit,
kau penuh daya cuba jatuhkan,
biarpun kau telah punya segalanya,
harta, kekayaan, nama juga pangkat,
kau masih iri pada aku.

mengapa,
mengapa begitu tegar kau mencari jalan,
agar aku jatuh.
aku tidak punya apa melainkan bahagia,
hanya itu,
oh ya, kau tidak punya itu,
kerna hati kau tidak tenteram,
dengan kesumat kau itu.

mengapa ,
mengapa kau memilih jalan itu,
usah diturut kata hati.
kelak kau juga binasa,
kau juga akan rugi,
kembalilah,
kembali menjadi engkau yang dulu.

Bunga

bunga, kau indah dari permata, kau tidak wajar untuk disakiti, kau selayaknya berada di sisi seorang yang akan melindungimu, bukan menju...