Assalamualaikum and hai peeps!
cita-cita. semua orang ada cita-cita. tak kira kanak-kanak,dewasa atau orang tua. kalau bercerita soal cita-cita aku, aku ada banyak cita-cita. sejak dari darjah satu,sampailah sekarang.
ok, baiklah. mari kita mulakan.
sewaktu mula-mula masuk darjah satu, cikgu akan tanya setiap daripada kita. walhal tadika sekalipun. disebabkan ramai yang menjawab ingin menjadi guru, jdi aku cakap cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang guru. padahal, pada waktu itu, aku tak tahu pun cita-cita tu apa. main sebut je.
tetapi, bila naik darjah dua sampai darjah enam, cita-cita aku dah berubah. aku nak jadi doktor pakar bedah pulak. sebab, kawan baik aku nak jadi doktor. maka aku ikutlah dia. seterusnya, naik tingkatan satu hingga tingkatan tiga, aku masih meneruskan impian untuk menjadi seorang doktor pakar bedah. namun begitu, naik sahaja tingkatan empat sehingga tinngkatan lima, aku mula merasakan bahawa cita-cita aku ingin menjadi seorang doktor tak mungkin kesampaian disebabkan aku malas menghafal komponen-komponen sains dalam subjek Biologi. mana taknya, asal cikgu Biologi masuk kelas je, aku dah start mengantuk. dan result aku tak memberangsangkan. jadi, aku tukar ke plan C. aku mula menanam cita-cita ingin menjadi seorang Jurutera Kimia, disebabkan minat aku terhadap subjek Fizik dan Kimia lebih tinggi daripada Biologi. belajar,belajar,belajar sampailah SPM, aku menunggu result untuk ke Matrikulasi. besar harapan aku untuk ke matrik sebab dengan ke Matrik, jalan aku ingin menjadi Chemical Engineering tersalur dengan baik. sebab, kalau aku nak ke asasi memang tak mungkin sebab aku tak cukup bijak.
mungkin rezeki aku bukan sebagai seorang Chemical engineering agaknya. aku tak dapat tawaran untuk menyambung pengajian ke Matrikulasi. aku dapat Pra-University. sedih memang sedih, tapi nak buat macam mana. terima sahajalah. di Pra-University, aku mengambil aliran ekonomi. sampailah ke Degree sekarang, masih bidang ekonomi. maka cita-cita aku pun berubah. aku memasang angan-angan ingin menjadi seorang pakar ekonomi. memang waktu pra-u, kalau cikgu tanya nak jadi apa, itulah jawapan aku. dan im still stick to it till now.
that's all for now, thankyou.
Adios!
No comments:
Post a Comment