assalamualaikum and hai peeps!
pada zaman yang segalanya di hujung jari ini, ramai yang lebih memilih untuk membuat urusniaga di atas talian disebabkan oleh menjimatkan kos dan masa. tambahan lagi, banyak peniaga-peniaga online yang tumbuh bagaikan cendawan dan banyak paltform-platform niaga seperti 'instagram', 'facebook' dan lain-lain. perniagaan seperti tudung, baju, aksut dan sebagainya menjadi tumpuan masyarakat kini.
tidak dinafikan, membeli-belah secara atas talian menghidangkan fashion-fashion terkini dan banyak pilihan yang dapat dibuat oleh pengguna. disebabkan itulah, membeli-belah secara atas talian ini menjadi pilihan masyarakat kita. laman web seperti lazada, Shopee, The One Mall Shop dan sebagainya sering mengadakan promosi jualan yang sangat hebat.
pada pendapat aku, aku lebih suka untuk membeli-belah online. namun bukan semua jenis peralatan akan aku beli online. aku hanya gemar membeli barangan seperti bag dan kasut sahaja. jika aku ingin membeli baju, aku akan pergi sendiri ke kedaai kerana bagai aku, material yang dipaparkan di atas talian tidak sama dengan realiti dan saiznya juga susah untuk diukur.
maka, kalau bertanyakn pendapat aku, jawapannya ya dan tidak. ya bagi kasut dan bag dan tidak bagi pakaian.
that's all for now. adios!
No comments:
Post a Comment