assalamualaikum and hai peeps!
ok, kali ini aku nak ceritakan tentang sebab kenapa aku nak sangat mausk UKM.
Pertama sekali, waktu aku sekolah dulu, sekolah menengah mahupun sekolah rendah, aku tak aim pun nak mausk UKM. Sebab waktu tu aku tak fikir lagi aku nak masuk U mana. Kiranya just follow the flow lah. Tapi masa aku tengah tunggu result Upu tu, aku adalah teringin nak masuk ke UMT atau UNISZA sebab dekat dengan rumah dan dekat dengan pantai. hahahha. kepentingan aku semata-mata. Tambah lagi, lepas SPM aku tak dapat tawaran mana-mana U . Aku dapat masuk Form 6 je.Terima jelah walau berat hati. So hasrat nak masuk UMT atau UNISZA dah terkubur layu. sobs sobs.
Semasa aku menjalani kehidupan sebagai Pelajar Pra-U, adalah akak-akak dan abang-abang dari UKM buat program dekat sekolah aku. dan ada beberapa orang tu adalah alumni sekolah aku. Program selama tiga hari dua malam itu amatlah menarik dan santai. best! Pada waktu nilah, aku mula tertarik dengan UKM. Mereka banyak berkongsi pengalaman waktu belajar di UKM which is sangat menarik perhatian aku. Sebelum mereka semua pulang, mereka pesan supaya kami semua masuklah UKM. ha macamtu.
Tapi aku tak adalah fanatik sangat nak masuk UKM. Sekadar suka je .habis je STPM, aku macam tak yakin pulak dapat masuk UKM. Tapi dalam UPU aku letak UKM as my first choice. Sebab aku rasa result aku tak mengizinkan. Lepas STPM aku kerja. Jalani hidup macam biasa.
Setelah result STPM keluar, Alhamdulillah . oklah. dah habis debaran result. Tapi debaran tu bersambung pulak ke result UPU. haih. tapi waktu ni aku harap sangat aku dapat UKM. (time ni perasaan nak masuk UKM dah membuak-buak) sebab utama aku nak sangat UKM sebab aku nak habiskan lesen kereta aku. hahahahah. memang tak make sense. tapi lepas dapat masuk UKM tu, aku dah betulkan balik niat tu sebab dah dapat lesen kan. peaceeee.
itu sahaja untuk harini,
Adios! and salam
No comments:
Post a Comment