Friday, 25 May 2018

Roomate

assalamualaikum and hai peeps!

dua semester aku disini, dua orang jugalah roomate yang aku dapat. roomate yang pertama, aku kenalkan dia sebagai Nazira sahaja ya. dan yang kedua nama Ira. mereka berdua sangat baik denga aku. ingat lagi, sebelum masuk UKM, aku doa agar aku dapat roomate yang ok. yang boleh sekepala dengan aku. alhamdulillah, mereka sangat baik.

Nazira, seorang yang kecil molek dan cantik berasal dari negeri sembilan. dia muda setahun dari aku dan sebelum ni belajar di matrikulasi . sepanjang aku sebilik dengan dia, dia sangat baik  dan berbudi bahasa. selalu kejutkan aku untuk bangun subuh dan kelas pada waktu pagi. dia juga selalu temankan aku ke tandas. dia juga tak pernah lokek untuk menghulurkan bantuan. pendek kata, dia ni baiklah. oh ya, dia program perakaunan dan satu fakulti dengan aku.

manakala Ira pula, seorang anggot Palapes. sebelum ni dia tinggal di kolej lain, dan disebabkan dia Palapes, maka dia perlu menetap di kolej yang aku duduki sekarang. dia mengambil jurusan Software Engineering. bukan calang-calag. tak sangka aku dapat roomate jurusan ni. dia pun sama macam Nazira. sangat baik dan sentiasa tolong aku. dia juga yang mengejutkan aku setiap pagi untuk solat subuh dan ke kelas. ah, kenapa baik sangat korang berdua ni.

aku doakan agar, kalian berdua sentiasa dalam jagaan Allah. aku sayang korang berdua.

that's all for now, adios!

No comments:

Post a Comment

Bunga

bunga, kau indah dari permata, kau tidak wajar untuk disakiti, kau selayaknya berada di sisi seorang yang akan melindungimu, bukan menju...