Sunday, 13 May 2018

Perasaan dapat Masuk UKM

Assalamualaikum and hai peeps!

Nampaknya post tentang UKM ni dah bersambung-sambung dan ada sekuel lah pulak.

ok, kalini kita bercerita pulak tentang perasaan bila aku dapat tahu yang aku dapat UKM.

Pada tarikh yang aku lupa bila, (ah, lupa lagi!). hari tu, aku keluar dengan kawan aku ke AEON. saja jalan-jalan. patutnya bila dah keluar keputusan UPU baru boleh jalan-jalan kan. tapi lain pulak jadinya.  kami jalan-jalan, tengok wayang. makan-makan.

Sewaktu dalam perjalanan balik, aku semak keputusan. berdebar dia, mak ai... besarlah harapan aku nak dapat UKM sebab aku dah taknak tangguh-tangguhkan lagi untuk buat lesen. kalau dapat jauh, naya aku nak ulang-alik nak habiskan lesen kereta tu. kalau dapat UKM, bolehlah balik setiap minggu. oh, hebatnya Athirah punya fikiran! dah fikir ke depan dah. HAHAHA!

Dah tekan butang semak tu, aku pejam mata. dia punya takut tu, mashaaAllah! angkat je phone, aku terus peluk kawan aku. sebab happy sangat! happy gila! Alhamdulillah Allah kabulkan doa aku. maknanya, aku bolehlah siapkan lesen aku bila bila masa je. yeayy!

malam tu, aku call mak aku nak bagitahu ni dapat UKM. tapiiiiiiiiiiiii mak aku dah checkkan untuk aku. alah, tak supriselah mak ni.

oklah, itu sahaja.
Adios. Salam

No comments:

Post a Comment

Bunga

bunga, kau indah dari permata, kau tidak wajar untuk disakiti, kau selayaknya berada di sisi seorang yang akan melindungimu, bukan menju...