assalamualaikum and hai peeps!
kalau sebelum ni aku bercerita tentang emosi, kali ni aku nak bercerita tentang fizikal pulak. sejujurnya, citra ni sangatlah best. yang best sebab citra inilah satu-satunya yang bonding antara ahli silat sangat kuat. macam mana boleh kuat? sebab kami akan sama-sama berlatih dan saling membetulkan yang mana silap. cikgu pun sporting.
aku masuk citra ni sebab aku memang dah lama nak belajar silat. sejak dari sekolah menengah, tapi mak aku tak izinkan. dapat je peluang ni, aku tak sia-siakan. first time memang penat, tapi bila lama-lama dah biasa, oklah. secara tak langsung dapat meningkatkan stamina dalam diri kita.
ap yang aku belajar dalam silat ni sangat berharga. aku belajar untuk menghormati guru dan rakan-rakan. dalam silat, sangat menekankan aspek itu. sebab cikgu yang menurunkn ilmunya kepada kita. sebab itulah penting untuk kita menghormati guru. tapi bukan dalm citra ini sahaja, bahkan subjek lain juga.
kemudian dalam silat gayung fatani ini akan melatih seseorang untuk menjadi kuat. even kau lembut(lelaki) pun, bila kau masuk silat, kekuatan fizikal kau akan meningkat. lepas dah habis belajar semua,akan diadaan ujian kenaikan bengkung dimana kau aka diuji oleh guru silat luar, dan dia akan berikan markah. dan kalau lulus, barulah dapat msuk ke bengkung yang seterusnya.
serius tak rugi masuk kursus ni. even semester ni pun aku nak masuk, cuma masa tak mengizinkan.
semoga bermanfaat.
that's all for now. adios!
No comments:
Post a Comment