assalamualaikum semua.
semua orang sudah tentu mempunyai hobi masing-masing kan. ada yang suka memancing, suka membaca, dan sebagainya. hobi ini digunakan untuk menghabiskan masa lapang. dan ada juga hobi segelintir orang yang sangat unik, iaitu hobi mengumpul Iphone. mahal betul, hobi.
bagi aku pula, hobi aku adalah melayari internet , mendengar lagu dan membaca novel. namun, akhir-akhir ini aku sudah jarang membaca novel sebab tak cukup masa. kalau dulu, boleh dikatakan setiap hari aku akan membaca novel, sehingga aku kena bebel oleh emak aku. sebuah novel tu aku mampu habiskan selama satu hari . aku pernah tak tidur, semta-mata nak menghabiskan bacaan novel aku. tapi itu dululah.
jika melayari internet, aku akan mencari maklumat berkaitan apa yang ingin aku tahu. sebagai contoh, sebelum masuk ke UKM, aku akan membuat 'research' dahulu. dan perkara ini amat mebantu aku. sama juga sewaktu aku berhasrat ingin melanjutkan pengajian ke matrikulasi, boleh dikatakan setiap hari aku akan membuat 'research' tentang sesebuah matrikulasi. nampak tak dia punya excited tu macam mana. tapi perancangan Allah lagi hebat. aku tak dapat pun Matrikulasi. tapi aku yakin, setip perkara yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. hanya perlu bersabar dan berdoa yang terbaik untuk kita.
No comments:
Post a Comment