assalamualaikum and hai peeps!
dejavu, apa tu dejavu? pernah dengar tak? bukan debu ya, tapi dejavu.
dejavu adalah sesuatu yang korang rasa macam pernah alami, tetapi korang tak tahu bila. contohnya, macam pergi bazaar ramadhan, lepastu ternampak pakcik ni panggil korang untuk beli makanan dia, pastu korang rasa macam
'eh, dah pernah berlaku lah sebelum ni, tapi bila ya?'
dan korang kept thinking benda tu sampailah waktu berbuka. taklah, gurau je.
'dejavu' adalah perkataan dalam bahasa perancis yang bermaksud "already seen" atau dalam melayunya, dah pernah lihat. ha, kan! kena tak dengan deskripsi yang aku buat kat atas?
sebenarnya, lebih 70% manusia di bumi yang telah mengalami dejavu ni. lagi 30% kemungkinan lupa atau tidak ingin mengaku bahawa adanya kewujudan dejavu ini. dejavu adalah berbeza dengan mimpi. tak sama. kalau nk tahu dengan lebih lanjut tentang dejavu, boleh baca disini.
penerangan yang diberikan, ishaaAllah mudah faham dan terhibur.
aku selalu je merasai dejavu, tapi biarkan jelah, nak buat macam mana, dah dia nak jadi. korang jangan pelik pulak bila terjadinya dejavu ni, itu perkara biasa.
contohnya, aku ke fakulti kemudian aku ternampak ada dua orang lalu dihadapan aku dan sedang bertukar-tukar buku, walhal orang tu aku tak kenal pun. biasanya, aku akan diam sekejap untuk mengingati benda tu. tapi at the end, rupanya benda tu hanyalah dejavu.
menurut penulis blog itu juga, dejavu juga berlaku apabila roh kita keluar dari jasad dan ingin ke sesuatu tempat. dan berkait rapat dengan keinginan yang tinggi. maka, roh tersebut terlebih awal akan keluar untuk meninjau kawasan tersebut.
sekian sahaja, cerita mengenai dejavu.
adios!
No comments:
Post a Comment