assalamualaikum and hai peeps!
Ini adalah sambungan post yang lepas.
Sesampainya di UKM tu, aku menaiki teksi dengan salah seorang pelajar Fakulti Pendidikan. Nasib baik ada dia, kalau tak aku tak tahulah macam mana nak ke tempat temuduga tu.
Tibanya di hadapan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, aku dikehendaki untuk mendaftar dahulu. Nasib baik masih sempat. kemudian ke bilik temuduga. Cik yang dekat meja pendaftaran tu bagitahu aku yang aku adalah orang last dan nasib baik kumpulan last tu masih tak masuk dalam bilik temuduga lagi. Ada juga yang bertanya,
"kenapa lambat "
dan aku katakan bahawa
"rumah jauh. Rawang. "
Dan mereka menjawab
"oh jauh jugak, tadi ramai jugak daripada Rawang."
Time tu aku iakan jelah, sebab memang jauh pun. Tiga jam aku atas tren dan bas. haha. Dan sekarang baru aku tahu, bahawa Rawang itu taklah terlalu jauh. cumanya, bila naik tren, makin lambatlah jadinya.
Kumpulan last itu, pada asalnya hanya 4 orang, tapi disebabkan aku terpaksa masuk ke dalam grup itu, maka ahli grup itu jadilah 5 orang. Memang dah lambat sangat pun. kelam kabut aku jadinya tambah dengan nervous lagi.
Sempatlah aku berkenalan dengan seorang perempuan dalam grup aku tu, namanya Aida. Dia sorang je perempuan dan lagi tiga orang adalah lelaki.
Aku diberikan sehelai kertas tentang TPPA. Aku baca je, tapi aku tak berapa nak hadam sangat. Tak lama kemudian, kami dipanggil.penemuduganya adalah dua lelaki dan seorang wanita.
Soalannya bukan banyak pun. Tiga soalan je. Alhamdulillah! Satu soalan English dan lagi tiga soalan adalah dalam bahasa Melayu.
1- Kenalkan diri anda
2-What is the current issue happens in Malaysia
3-Makroekonomi atau Mikroekonomi.
Itu sahaja. Dengan aku langsung tak prepare apa-apa sebab sibuk dengan
kerja. Alhamdulillah Allah mempermudahkan.
That's all from me, thankyou.
Adios, lots of love. <3
No comments:
Post a Comment