assalamualaikum and hai peeps and Ramadhan Kareem everyone!
Parah, parah, parah! itu sahaja perkataan yang melambangkan netizen Malaysia pada zaman IT dan penuh keterbukaan ini. kenapa aku katakan parah? nah, mestilah sebab sikap mereka sendiri. tambah lagi jika berkaitan dengan cerita-cerita artis pada zaman ini. itu belum dikira di dalam Media Sosial seperti 'Facebbok' dan 'Instagram' lagi. aku bet dekat sini, semua ada akaun 'Facebook' dan 'Instagram' kan? nak berdarah aku tengok komen-komen mereka ini di dalam media sosial artis Malaysia tersebut. bila dikaitkan dengan netizen, maka akan relate dengan bawang. bukan bawang putih, bawang merah atau bawang lain. bawang disini merujuk kepada segelintir masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang atau bahasa kasarnya, mengumpat. bukan setakat golongan mak-mak sahaja, golongan remaja pun sama! setelah direlate dengan bawang, maka mereka ini akan mudah triggered dengan benda-benda remeh temeh. ok, aku berikan contoh.
siapa saja yang tidak kenal pelakon cantik dan terkenal, Nora Danish? satu Malaysia tahu tentang berita kelahiran anak pertama Nora Danish dan Nedim Nezri Aziz. tahniah aku ucapkan. itu berita gembira bukan? namun, bagi netizen Malaysia, mereka tidak melihat itu sebagai suatu yang gembira, malah mereka mencaci dan menghina lagi! serius aku tak faham. kenapa mereka perlu caci. mereka telah menghina anak Nora Danish yang masih bayi, yang tiada dosa lagi! Why Malaysian,why? cuba kalian letakkan tempat kalian di tempat Nora Danish. ibu mana yang sanggup bila anaknya dihina. anak itu masih bayi kot. tiada dosa dengan netizen sekalian. tambahan lagi, kalian lupakah, siapa yang mencipta bayi itu? Allah! kalian telah meminjam udara milik allah, telah meminjam bumi dan langit milik allah, dan tanpa segan silu kalian menghina ciptaan Allah? dimana rasa syukur kalian?
itu satu.
ada lagi satu cerita yang sangatlah kurang enak untuk didengar. Netizen Malaysia ini bukan sahaja prihatin pada rakyat sendiri, tapi pada rakyat negara lain juga. cerita ini berkaitan dengan kisah 'triggered' rakyat malaysia. baru-baru ini, artis antarabangsa iaitu Dua Lipa telah memuat naik sekeping gambar ayahnya beserta caption 'happy Birthday, Babi'. nah, apa lagi, bersemangatlah netizen Malaysia yang 'triggered' komen di post tersebut. mereka telah menegur Dua Lipa kerana memanggil ayahnya degan panggilan sedemikian rupa. disebabkan terlalu ramai yang meninggalkan komentar di post tersebut, Dua Lipa telah menukar caption post tersebut kepada 'happy Birthday, dad'.
satu pengetahuan am pada semua yang membaca post ini, Babi yang dimaksudkan oleh Dua Lipa itu bukanlah makhluk yang berwarna pink yang difikirkan oleh netizen, tetapi panggilan ayah dalam Albanian. dah kau tahu dua Lipa itu Albania, kau expect dia nak panggil ayahnya dengan panggilan abah atau pak? baru kalian semua puas hati? nampak sangatlah rakyat Malaysia suka membuta tuli. sebagai rakyat Malaysia, aku malu bila kita jadi tumpuan dunia dengan ribuan komentar yang ditinggalkan di ruangan komen sehingga Dua Lipa menukar captionnya dan kiat semua dikutuk olej rakyat negara luar. apa yang kalian puas hati, netizen Malaysia?
kesimpulannya, pada bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin memohon kepada rakyat Malaysia agar menjaga tingkah laku anda di ruangan komen. jangan suka -suka hati ingin mengeluarkan kenyataan. aku tahu kalian semua cepat triggered oleh sekecil-kecil perkara. tolonglah, tunjukkan sikap pofesional kalian sebagai Malaysia. kita di zaman Malaysia Baharu ini, tolonglah sikap kalian pun baharu jugak. please think before speak. lijah itu lebih atajam dari mata pedang walaupun pada zahirnya komponen tersebut adalah sangat lembut, tetapi mampu melukakan hati ramai orang. sudah-sudahlah bertindak tidak waras. go ge a life!
p/s : maaf jika post kali ini kedengaran marah. tapi ini isu serius.
assalamualaikum, adios!
No comments:
Post a Comment