Wednesday, 23 May 2018

Ramadhan Kareem

assalamualaikum and hai peeps!

hari ini, ramadhan ke-8. apa khabar puasa anda?

Ramadhan,
bulan barakah,
terima kasih kerana sudi menjengukku dan imanku.
terima kasih kerana memberi kesempatan untuk aku merasainya pada kali ini.
kau hadir hanya sekali setahun.
tidak tahu masih dapat merasainya lagi atau tidak
pada tahun yang mendatang.

Ramadhan,
Bulan ibadah,
hadirmu meninggalkan kesan mendalam kepada jiwa yang dambakan ketenangan,
bulan ini jugalah dapat aku lihat ramai berpusu-pusu ke masjid dan surau,
tidak ingin melepaskan peluang menunaikan tarawikh,
juga melakukan kebaikan.
Quran yang jarang diselak dan dibaca,
menjadi kelaziman sebagai makanan jiwa,
zikir pula menjadi tutur bicara saban waktu.

Ramadhan,
kau hadir dengan seribu satu kebaikan,
doa yang bakal dikabulkan,
ibadah yang berganda-ganda,
moga aku dan kalian dapat merasai Lailatul Qadr,
malam yang ditunggu-tunggu pada sepuluh malam terakhir.
moga-moga kita diberikan kesempatan waktu untuk itu.
amin.

Ramadhan,
sempatkan aku untuk merasainya pada tahun-tahun mendatang,
bukan kali ini yang terakhir,
inshaaAllah.



#MakeitLillahitaala

Assalamualaikum and adios!

No comments:

Post a Comment

Bunga

bunga, kau indah dari permata, kau tidak wajar untuk disakiti, kau selayaknya berada di sisi seorang yang akan melindungimu, bukan menju...