Friday, 25 May 2018

kecewa?

assalamualaikum and hai peeps!

kecewa.
semua orang penah merasai kecewa.tak kiralah kecewa dengan result exam ke, kecewa sebab mak ayah tak tunaikan permintaan ke, kecewa dicurangi kekasih ke, atau sebagainyalah.
tak kira sebesar manapun tahap kecewa kau tu, ingatlah, bahawa dunia masih belum berakhir. Allah uji kau bukan saja suka-suka, Allah uji sebab dia sayang, Allah uji sebab Dia nak kau dekat dengan Dia, bukan tahu berfoya-foya je.

jika kau rasa kenapa kau yang perlu merasai kecewa tu, ingatlah.. kau hanya rasa kecewa. saudara mara kita di Palestin, Syria lebih lagi rasa kecewa. bukan setakat kecewa, malah sedih kehilangan ibu bapa dek kerakusan zionis pada usia yang masih kanak-kanak, namun mereka masih cuba mencari sinar bahagia. melalui apa? Allah hadirkan rasa bahagia di hati mereka. mereka masih mampu tersenyum jika ada yang datang menyapa.

bangkitlah, wahai rakan seperjuangan. usah dibiar kecewa itu merajai hati. jadikan ianya permulaan langkah. ayuh, tadah tangan dan bersyukurlah dengan apa yang kau miliki sekarang. usahalah selagi mana ada waktu. selagi kau usaha, selagi itu Allah akan bantu sekiranya kau ingin menuju ke arah yang lebih baik. rasa kecewa hanya akan menjadi pemusnah kehidupan kau. bangkit, fight for your life!

p/s: sama-sama kita doakan saudara seislam kita yang ditindas oleh para rejim zionis yang tidak berhati perut. Al-fatihah.


No comments:

Post a Comment

Bunga

bunga, kau indah dari permata, kau tidak wajar untuk disakiti, kau selayaknya berada di sisi seorang yang akan melindungimu, bukan menju...