Assalamualaikum and hai peeps!
So today, aku nak cerita tentang pengalaman aku semasa ditemuduga di UKM ni. sekadar perkongsian. so enjoy!
Pada tarikh yang aku lupa bila, semakan untuk temuduga di universiti telah dibuka. untuk Upu 2017, aku telah memilih 3 buah universiti yang mengadakan temuduga sebelum diterima masuk ke universiti tersebut. yang pertama, UKM. Kedua, UM dan ketiga UPM.
Buka je laman sesawang tu dan memasukkan no kad pengenalan, terus terpampang nama aku dan details. Temuduga di UKM untuk program Ekonomi. ya, itu adalah pilihan pertama aku. Dan aku tak sangka dapat. Sebab aku rasa aku tak layak. sedangkan kawan aku yang dapat 4.0 pun tak dapat temuduga untuk UKM, tapi dia dapat di UM hehe, she deserves it.. sebenarnya aku tak berharap pun untuk dapat di UKM. Tapi dalam masa yang sama, aku berharap juga. Alhamdulillah. Sebabnya, nanti aku ceritakan dalam post yang lain.
pagi tu, aku lambat turun dan dah terlepas bas pagi. padahal malamnya, makcik aku dah pesan, lepas subuh dah kena gerak. tambah lagi kalau naik public transport. memang menguji kesabaran. tapi sebab aku ni lengah-lengah, maka lambat jugaklah turunnya. pukul 8.30 macam tu, aku naik bas. tengah-tengah perjalanan tu, bas tu pulak buat hal. enjin pulak jatuh! Allahu. lepastu kena tunggu bas lain pulak dan aku tak pasti aku sempat tak temuduga. dari rumah makcik aku ke KTM Rawang tu, dah 45 minit. pastu dari Rawang ke Kl sentral 1 jam lebih and kena transit dekat situ dan ambik tren lain pulak nak ke UKM. dari KL Sentral ke UKM tu dah 30 minit. aku tak tahu sempat ke tak. memang cuak sangat masa tu. tapi aku yakin, inshaAllah kalau ada rezeki aku, adalah.
Masa temuduga sampai jam 12.00. Time atas tren tu nak ke UKM tu, aku pandang je jam phone. dah pukul 10 lebih. takutnya kalau tak sempat. kot-kot aku sampai dia dah tutup ke. harapnya sempatlah. sampai je dekat KTM UKM jam 11 lebih tak silap. tapi memang time tu dah kira nazak dah.
nak tahu sempat ke tidak, bersambung di part two. hehe.
Adios, salam.
Mane part 2 kak
ReplyDelete