Friday, 25 May 2018

Tip untuk kurus

 photo : canva
assalamualaikum and hai peeps!

seperti tajuk diatas, kita akan bercerita tentang beberapa tips untuk kurus.
baik, mari kita mulakan.

1) Niat
yang paling utama sekali, niat kita. kenapa nak kurus. adakah sebab untuk kelihatan cantik semata-mata? ha, tu dah salah dah tu. niat yang betul adalah kita nak kurus kerana Allah dan untuk sihat. bukan kerana nak cantik semata-mata. kalau cantik, tapi sakit, apa guan? sia -sia sahaja.maka kena pebetulkan niat anda.

2) Semangat yang jitu
yang paling utama sekali untuk kurus adalah semangat kita sendiri. kalau setakat sebut sahaja nak kurus, tapi hangat-hangat tahi ayam pun tak berguna juga. jangan bila tengok makanan, semabgat nak kurus tak tahu terbang ke mana. jadi, semangat tu kena jitu dan konsisten.

3)Kerajinan
yang kedua adalah kerajinan. kerajinan untuk bersenam dan berdiet. kalau setakat diet sahaja, tetapi tidak bersenam pun tiada guna juga. atleast, main tali skipping sebanyak 50 kali juga dah memadai. biar keluar sikit peluh-peluh itu. rajin-rajinkanlah diri anda untuk buka youtube dan ikut buat senamrobik. kaedah tu lagi efektif sebab korang tak rasa bosan.

4) Istiqamah
nak kurus pun perlu istiqamah juga ya. istiqamah dalam apa? dalam meninggalkan makanan yang tidak berkhasiat. dan konsisten juga untuk bersenam. dalam proses diet juga perlu tinggalkan minum ais. sebab ais itulah yang akan menyebabkan perut buncit. kalau air sejuk tak apa, bukan ais. memanglah sedap, tambah lagi bulan puasa ni. alah, relaks lah. dah bertahun-tahun minum ais, cukup-cukuplah. anggap saja tu pengorbanan kalian.

itu sahaja kot. moga bermanfaat!
adios!

No comments:

Post a Comment

Bunga

bunga, kau indah dari permata, kau tidak wajar untuk disakiti, kau selayaknya berada di sisi seorang yang akan melindungimu, bukan menju...