rasa,
rasa yang selama ini aku pendam,
tiada siapa yang tahu,
untuk apa atau untuk siapa,
namun rasa itu tak pernah aku zahirkan,
kerana aku tahu aku tak pantas untuk rasa itu.
rasa,
selayaknya bukan aku yang serba kekurangan,
tetapi pada mereka yang lebih hak,
pernah aku cuba menzahirkan,
tapi aku tak mampu,
terus aku pesan pada diri,
biarlah.
bukan masanya lagi.
No comments:
Post a Comment